- TENGOK ISTERI BERTUDUNG, SUAMI INI BUAT TINDAKAN GILA SEHINGGA
- PERGHH COMEL HABIS.. BESAR NI MESTI KACAK!! Jom tengok 9 foto eksklusif sekitar Majlis akikah Yusuf Iskandar, anak kepada pelakon terkenal Hairul Azreen & Haniz Zalikha yang sumpah gebu&adorable nak mampuih!! Foto no.#4 & #9 tu paling jelas ketara sekali "Kecomelan Tiada Tandingan" si Yusuf ni!!!
- Tudddiaaa..... KEPUTUSAN GEGAR VAGANZA MUSIM KEDUA BERUBAH OLEH........
- WAJIB CUBA NI!! Gigi Anda Berlubang?!! Jangan DITAMPAL Atau DICABUT, Tapi Lihat Ini Yang Perlu Anda Lakukan Supaya Gigi Anda Selamat!!!
- APA YANG DIBUAT NANA SELEPAS GEGAR VAGANZA INI MENGEJUTKAN RAKYAT MALAYSIA !
Selain itu, kategori persembahan terbaik pilihan penonton turut dimenangi oleh Nana. Dipilih menerusi undian sistem pesanan ringkas (SMS), Nana menerima wang tunai sebanyak RM5,000.
Farahdhiya yang menyampaikan lagu Janji Manismu nyanyian asal Aishah berjaya menduduki tangga naib juara. Farahdhiya menerima wang tunai berjumlah RM50,000 sumbangan Astro, pakej percutian ke Beijing, China, bernilai RM15,000 tajaan Mycentrio Holidays dan trofi sumbangan Astro.
Seterusnya, Ezad Lazim yang menyanyikan lagu Nur Nilam Sari nyanyian asal Awie & Search berjaya menduduki tempat ketiga. Vokalis kumpulan Exist ini membawa pulang wang tunai berjumlah RM30,000 sumbangan Astro, pakej percutian ke Jogjakarta, Indonesia, bernilai RM10,000 tajaan Mycentrio Holidays dan trofi sumbangan Astro.
Menyanyikan lagu Gelombang Cinta nyanyian asal Heavy Machine, Nassier Wahab sekadar menduduki tempat keempat. Nassier membawa pulang wang tunai berjumlah RM15,000 sumbangan Astro, pakej percutian ke Lombok, Indonesia bernilai RM6,000 tajaan Mycentrio Holidays dan trofi sumbangan Astro.
Menduduki tempat kelima, Acong Sweetchild menyanyikan lagu Seruan, dendangan asal kumpulan Lefthanded. Acong berjaya meraih hadiah berupa wang tunai berjumlah RM10,000 sumbangan Astro, pakej percutian ke Lombok, Indonesia bernilai RM6,000 tajaan Mycentrio Holidays dan trofi sumbangan Astro.
Haiza yang menduduki tempat keenam menyanyikan lagu Puisi Cinta nyanyian asal kumpulan Ilusi. Haiza membawa pulang hadiah berupa wang tunai berjumlah RM5,000 sumbangan Astro, pakej percutian ke Lombok, Indonesia bernilai RM6,000 tajaan Mycentrio Holidays dan trofi sumbangan Astro.
Hadiah telah disampaikan oleh pengasas produk kecantikan Pamoga Qu Puteh, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman (Datuk Seri Vida), Naib Presiden Bahagian Perniagaan Melayu Astro, Khairul Anwar Salleh dan Pengurus Saluran Astro Ria & Ria HD, Raqim Ahmad.
Di pentas akhir, penonton turut dihiburkan dengan persembahan oleh Datuk Jamal Abdillah, Ayai Ilusi, Awi Rafael dan peserta-peserta GV2 seperti Amir Ukays, Nizam Laksamana, Sheeda, Azian Mazwan Sapuwan dan Zul Handyblack.
Datuk Ramli MS dan Datuk Khadijah Ibrahim bertindak selaku juri tetap program ini bersama dua juri jemputan, Datuk Jamal Abdillah dan Datuk Rosyam Nor.
GV2 turut diserikan dengan personaliti popular yang cukup sinonim dengan genre komedi, Nabil Ahmad dan Jihan Muse sebagai hos.
Teks oleh: Kamaruddin Razal
Sumber : Astro Gempak
0 comments:
Post a Comment