Friday 11 December 2015

Filled Under:

Nahhhhhh....Sebab Utama Muhyiddin Tak Dibenarkan Bercakap Waktu PAU








    Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi perhatian malam ini, pada satu sesi khas menjelang Perhimpunan Agung Umno minggu ini, di mana Muhyiddin selaku timbalan presiden parti dinafikan ruang bercakap susulan perselisihan beliau dengan presiden Datuk Seri Najib Razak.

    Muhyiddin mencadangkan pada perhimpunan di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, Kuala Lumpur itu, tiba masanya tempoh seseorang presiden memegang jawatan dihadkan.

    Beliau juga menggesa Najib untuk "berehat seketika" daripada tugas sebagai perdana menteri sementara menunggu siasatan terhadap skandal kewangan yang didakwa membabitkan beliau selesai.

    Sementara itu, Dr Mahathir berkata, beliau mahu menghadiri Perhimpunan Agung Umno itu bagi memastikan sama ada akaun parti mengambil kira wang RM2.6 bilion yang masuk ke akaun peribadi Najib, memandangkan ia dikatakan sumbangan derma politik.

    Ramai yang bersorak setiap kali Muhyiddin dan Dr Mahathir menyeru Najib supaya bertanggungjawab ke atas skandal yang didakwa melibatkan firma pelaburan milik negara 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dan wang RM2.6 bilion itu.

    Tindakan Muhyiddin menggunakan platform alternatif malam ini diambil selepas Majlis Tertinggi (MT) Umno memutuskan memecah tradisi di mana timbalan presiden parti tidak dibenar merasmikan pembukaan perhimpunan sayap Pemuda, Wanita dan Puteri, membuatkan beliau tidak dapat bercakap langsung kepada perwakilan yang hadir.

    Muhyiddin digugurkan sebagai timbalan perdana menteri dan menteri pelajaran dalam satu rombakan kabinet Julai lalu selepas beliau secara terbuka mempersoalkan Najib berhubung 1MDB dan wang RM2.6 bilion itu.

    Sementara itu, Dr Mahathir yang dulunya menyokong Najib, kini merupakan pengkritik tegar perdana menteri kerana isu yang sama.




    0 comments:

    Post a Comment