Filem pendek itu dibuat untuk meningkatkan kesedaran para belia terhadap pengurusan sisa pepejal kitar semula dan menjaga alam sekitar.
“Ahmad Khairy Jamal Udeen Chowdhury dari Chittagong, Bangladesh bakal tampil dengan filem pendek (5 minit) baharu untuk meningkatkan kesedaran para belia terhadap pengurusan sisa pepejal, kitar semula dan menjaga alam sekitar. Ahmad Khairy sangat kagum dengan dasar kitar semula di negara angkat beliau, Meleishia.
“Tapi sebelum semua confuse, dalam gambar ini saya, bukan Ahmad Khairy dari Bangladesh. Saya main watak Ahmad Khairy dengan menjadi pekerja Alam Flora untuk membawa mesej yang penting kepada para belia. Respek kepada abang2 Alam Flora dan waste management ni. Bila dah ‘pakai kasut’ mereka barulah kita tahu kerja yang sangat penting ini.
“Asingkan di punca!“, tulis KJ di laman Facebooknya.
Sementara itu, di bahagian komen orang ramai memuji apa yang dilakukan oleh KJ itu.
“Hebat…Tahniah YB,…seorang Pemimpin generasi muda yang berjiwa rakyat dan senantiasa dengan nilai”murni,,, semoga menjadi contoh kepada anak” muda….terus kan perjuangan YB..semoga senantiasa Semangat dan Sukses, Insyaallah niat yang baik allah permudahkan.Amin,, YB Terbaik……..“, tulis Uji Rahayu.
Mazz Lann pula berkata “Apa org nak cakap cakap lahh…YB KJ is the best ever Minister!!”.
“Terbaik KJ , tunjukkan kpd pemuda2 kita bahawa walau apa jua kerja yg halal adalah mulia berbanding hanya mengomel, melepak dan merempit tak tentu hala sampai subuh…. tu.”,tulis Saifudin Jumat pula.
> K1ik jika rasa post ini patut dibuangArtikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Kami tidak bertanggungjawab keatas segala pandangan terhadap artikel ini. Terima kasih
Sumber: superkiram.blogspot.com
Khairy Jamaluddin sedih rakan terbaring di atas jalan di belakang lori sampah ketika kutip sampah
Status menteri bukan penghalang Khairy Jamaluddin Abu Bakar merasai tugas pengutip sampah yang semakin dipinggir anak muda tempatan.
Menteri belia dan sukan semalam lengkap mengenakan rompi kalis cahaya dan pakaian ala pekerja pembersihan Alam Flora untuk menjayakan sebuah filem pendek selama lima minit.
“Saya main watak Ahmad Khairy dengan menjadi pekerja Alam Flora untuk membawa mesej yang penting kepada para belia.
“Respek kepada abang-abang Alam Flora dan pengurusan sisa ini. Bila sudah pakai kasut mereka, barulah kita tahu kerja yang sangat penting ini,” coretnya di Facebook peribadinya semalam.
Foto-foto di media sosial menunjukkan Khairy bersama beberapa pekerja Alam Flora menjalankan tugas, termasuk berdepan dengan insiden menyayat hati.
Sekeping foto menunjukkan Khairy mengangkat tangan, seperti berdoa, meratapi seorang rakan sekerjanya yang terbaring di atas jalan di belakang lori sampah.
Namun babak sedih itu belum dipastikan dengan jelas. Pegawai beliau, ketika dihubungi ProjekMMO, meminta orang ramai menunggu video tersebut dikeluarkan nanti.
Penggambaran yang dilakukan di sini tengah hari semalam dibuat untuk persidangan antarabangsa Persatuan Wanita Asia Tenggara dan Pan Pasifik (PPSEAWA).
Persidangan tujuh hari itu, yang bermula 22 Ogos, membincangkan tajuk “Hormati Alam Sekitar Demi Masa Depan Aman dan Mapan”
Ibu Khairy, Rahmah Abdul Hamid mengetuai PPSEAWA Malaysia.
Sumber: Malay Mail
Sumber asal: thetrendingnow.blogspot.com
- TENGOK ISTERI BERTUDUNG, SUAMI INI BUAT TINDAKAN GILA SEHINGGA
- INILAH PUNCA UTAMA NENEK INI DITIKAM DENGAN RAKUS SEORANG PEMUDA. Orang Ramai boleh pulak Tengok . KASIHAN!!
- Cerita SEBENAR Wanita ini Balik ke Penang naik Motor bersama 2 orang anaknya buat Rakyat Malaysia Mengalir air mata darah. BINATANG PUNYA LAKI. !
- AMBIL PERHATIAN Inilah Akibatnya Ambil Gambar Di Waktu Senja Lihat Apa Yang Terjadi Pada gadis jelita bertudung ini lihatlah apa yang muncul di belakang kepalanya secara tiba-tiba amat menakutkan........!!!
- TERLAJAK KACAK&SEPADAN HABIS!! Jom tengok 3 foto eksklusif "Jejaka Tampan" yang rapat dengan Mira Filzah!! Foto no.#2 tu memang jelas Bapak Handsome gilerr persis pelakon Korea dah kami tengok!!!
0 comments:
Post a Comment