Monday 14 December 2015

Filled Under:

Naaahhh.....DISEBABKAN FAKTOR INILAH SENARAI 10 'HOT MAMA' SELEBRITI TEMPATAN DINOBATKAN SEBAGAI SELEBRITI TERCANTIK MALAYSIA



    Beauty start at 40 years old adalah ungkapan terbaik untuk 10 orang artis yang disebut ramai sebagai selebriti tercantik Malaysia.

    YA BENAR kecantikkan itu adalah anugerah, bagaimanapun bukan sesuatu yang mudah untuk mengekalkannya. Lebih-lebih lagi faktor kehidupan kini yang dianggap membuatkan kita menjadi semakin malas dek perkembangan teknologi.

    Namun ia bukan halangan dan mustahil bagi mereka yang bergelar selebriti. Berikut adalah selebriti terkenal tempatan yang berjaya mengekalkan kecantikan dan keanggunan meskipun usia mencecah 40 tahun.

    1. Sheila Majid
    Datuk Sheila Majid atau Shaheila Abdul Majid dilahirkan 3 Januari 1965 dan berketurunan Mandailing-Jawa. Terkenal dengan single Sinaran, penyanyi popular ini masih kekal cantik walaupun dikurniakan empat cahayamata.

    2. Ella
    Meskipun usia kini mencecah 49 tahun, Ella atau Nor Zila Aminuddin masih mengekalkan kecantikan dan kemerduan suaranya. Sehingga kini, Ella masih berjaya mengekalkan gelaran Ratu Rock Malaysia yang dimilikinya sejak tahun 1987.

    3. Ziana Zain
    Siti Roziana Zain atau lebih dikenali sebagai Ziana Zain lahir pada 2 Mei 1968 dan berusia 47 tahun. Ziana bangkit sebagai bintang yang sentiasa cantik, sensasi dan dijulang sebagai salah seorang diva pop yang paling berjaya di Asia Tenggara.

    4. Noralbaniah
    Nor Albaniah Raffie adalah pelakon wanita kelahiran 1970 dari Perak dan kini berusia 45 tahun. Meskipun umurnya menghampiri ke angka 50, pelakon yang pernah popular menerusi kaca televisyen ini masih bijak mengekalkan kecantikan dan pemakaiannya.

    5. Fauziah Latif
    Siti Fauziah Sheikh Abdul Latiff atau juga dikenali sebagi Gee merupakan salah seorang penyanyi di Malaysia dan kini berusia 45 tahun. Meskipun nyanyiannya jarang kedengaran di corong radio, Gee masih tampil cantik dan menawan di setiap majlis yang dihadiri.

    6. Maria Fareeda
    Kecantikan aktress berusia 45 tahun ini seolah-olah tidak pernah pudar. Meskipun aktif bergiat dalam bidang lakonan sehingga kini.

    7. Amy Mastura
    Amy Mastura Suhaimi  atau Amy Mastura lahir pada 10 Mei 1971 dan berusia 44 tahun. Wajahnya yang cukup manis bertambah cantik setelah aktres ini tampil dengan imej bertudung.

    8. Rozita Che Wan
    Usia tidak menghalang Rozita Che Wan atau Rozita Abu Bakar daripada menjaga penampilan dan gayanya. Meskipun bergelar ibu dan isteri kepada keluarganya, Rozita masih mampu memberikan komited dalam bidang hiburan.

    9. Jasmin Hamid
    Jasmin Hamid atau nama penuhnya Jasmiah Abdul Hamid merupakan aktres komedi popular Malaysia yang mencipta nama pada era 1990an. Jasmin yang kini berusia 43 tahun masih aktif berlakon dalam banyak drama-drama komedi di negara ini.

    10. Vanida Imran

    Vanidah Amran atau lebih dikenali sebagai Vanida Imran ialah seorang pelakon dan pengacara di negara ini. Isteri kepada Rashidi Ishak ini masih tampil dengan gaya memukau meskipun usianya mencecah 42 tahun.




    0 comments:

    Post a Comment